Apa itu DHA?
Kalau kita tengok pada iklan atau kotak/tin susu formula baby, DHA atau nama penuhnya Docosahexaenoic acid adalah kandungan wajib susu baby.
Pengeluar-pengeluar susu formula ini saling berlumba-lumba mengatakan bahawa produk mereka adalah yang terbaik (selepas susu ibu) dengan mengandungi paling banyak DHA.
Apa itu DHA? Apa fungsi die? Penting sangat ke? Saya pun pada awalnya tak tau & xamik tau.. Tapi sejak ada baby nie (ditambah kegagalan untuk fully BF =( ), baru la tau serba sedikit akan kepentingan DHA untuk perkembangan si kecil.
DHA adalah asid lemak omega-3 tak tepu. Berdasarkan kajian saintifik, kandungan DHA dalam susu ibu mempunyai korelasi dengan fungsi kognitif baby. Maksudnya, lebih banyak DHA dalam susu, maka baby itu akan jadi lebih bijak (InsyaAllah). Ini adalah kerana DHA merupakan komponen utama dalam pembentukan sel otak (97 %) dan memainkan peranan penting dalam menghubungkan setiap sel otak. Selain itu, DHA juga penting untuk pembentukan retina mata (93%). Kajian juga mendapati, perkembangan visual baby yang mendapat bekalan DHA yang mencukupi adalah lebih cepat dan berfungsi dengan lebih baik.
Kebanyakan susu formula mengandungi DHA. Namun, ada juga yang tiada DHA. Biasanya yang takde DHA harganya jauh lebih murah. Tapi demi kebaikan si kecil, apa salahnya invest lebih sikit kan.. InsyaAllah semoga apa yang di belanjakan, akan mendapat kebaikan di kemudian hari. So pada ibu-ibu, gunakan kebijaksanaan dan kasih sayang anda dalam memberikan yang terbaik untuk anak2 =)
Tapi macam mana pula baby yang hanya minum susu ibu? Adakah susu ibu memang dah semulajadi ada dalam susu ibu? Ermm saya kurang pasti pulak.. Berdasarkan pembacaan saya, tidak pula dinyatakan.. TAPI ibu-ibu yg fully BF (tahniah), boleh mendapat DHA daripada diet seperti:
| Minyak Ikan : Product Elken (Boleh order kalau nak ;) ) |
- Ikan seperti Bilis, Salmon, Tuna & Kembung
- Hati
- Minyak ikan
- Algae
- Telur
Ibu-ibu yang memakan banyak makanan seperti di atas, insyaAllah banyak la DHA dalam susu.
Sekian,
Maklumat2 ini saya dapat dari web berikut. Kalau ada apa2 info yg salah, harap bagitau ye.
http://www.fprbooks.com/page19.htm

No comments:
Post a Comment