Selamat Hari Bapa kepada suamiku yang tercinta En. Eaddy.. Semoga abang terus menjadi ayah yang terbaik untuk anak kita.. Amin..
Abahku?
Abahku telah 11 tahun meninggalkan kami sekeluarga.. Arwah telah kembali ke rahmatullah pada 9 Januari 2000 iaitu pada 2 Syawal.. Pada 7 Januari abahku telah dimasukkan ke hospital kerana sakit perut.. Kemudian beliau dibedah untuk membuang ketumbuhan di dalam ususnya.. Namun, kerana sudah sampai masanya, beliau telah menghembuskan nafas terakhir 2 hari kemudian..
Pemergian arwah sangat2 memberi kesan padaku.. Kerana terlalu banyak dosaku padanya.. Dan aku tidak sempat memohon ampun darinya..
Sewaktu kecil, masaku banyak dihabiskan bersama arwah.. Kerana ibuku bekerja di Singapura.. Hanya pulang ke rumah apabila cuti sahaja.. Abahku seorang nelayan.. Aku sering mengikuti arwah ke laut pada waktu pagi sebelum ke sekolah.. Masih terbayang, aku baring di tengah2 sampan.. Abahku terus memandu botnya ke kawasan pelabuhan.. Tempat paling banyak ketam.. Pening juga dengan bau hanyir laut.. Abahku juga la yang sering memasak untuk kami adik beradik.. Beliau pandai memasak..
Takdir Allah penentu segalanya.. Dia telah mengambil kembali abahku terlalu awal.. Pada waktu aku terlalu mentah dan tidak pandai nak menghargai ibubapa.. Selepas pemergian arwah, aku bertekad untuk tidak mensia-siakan ibuku.. Aku berjanji untuk membahagiakan ibuku dan berusaha untuk tidak menyakiti hati beliau.. Tapi aku manusia yang lemah.. Kadang2 aku secara tidak sengaja melanggar janjiku sendiri..
Semoga arwah abahku ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa aku dan orang tuaku.. Amin..

No comments:
Post a Comment