Sunday, 17 July 2011

Floria Putrajaya

Last Saturday gi Putrajaya.. saje bawak family jalan2. busan asik dok terperap je kat rumah.. Kebetulan tengah ada pesta bunga.. So amik kesempatan merakam pemandangan indah Putrajaya bersama family..
Cantik2 juga pameran bunga2 nye.. 
Jom tengok.. 




Ni Sekolah punya.. cantik kan..







Si Kecil di Taman Bunga..

Universiti punya.. 









Setelah penat berjalan2 menikmati flora, lepak2 jap kt Alamanda... Tak ingat ni kali ke berapa singgah di Alamanda.. Last time rasa masa undergraduate.. Main bowling bersama labmates & seniors.. Happening..


While we (hubby & me) melepaskan penat di bangku, giliran si Kecil pulak ronda2 bersama stroller die.. sibuk jugak nak sorong.. Nasib ada mak tolong layan.. =p (thanks mom)

Lepas puas kat taman bunga, rehat2 kt shopping centre, kita ke pantai pulak.. Pantai buatan.. Bijak jugak orang yg design Putrajaya nie..

Our Tourist Guide.. nasib ada dia, lau tak tak tau Putrajaya nie ada pantai.. hehe.. Thanks dear..


Aleeyah keseronokan bermain2 di luar rumah kotak die.. hehehe

Kat belakang tu Kompleks Maritim & Hotel.. cantik sangat bangunan die...

Smile... Happy nye die =)

Sangat seronok sampai tak nak balik si Kecik nie.. orang dah babai pon die wat dono jer.. huuhu

Pemandangan dari PICC.. nice..

Wednesday, 29 June 2011

The Important of DHA for babies...

Apa itu DHA?

Kalau kita tengok pada iklan atau kotak/tin susu formula baby, DHA atau nama penuhnya Docosahexaenoic acid adalah kandungan wajib susu baby.
Pengeluar-pengeluar susu formula ini saling berlumba-lumba mengatakan bahawa produk mereka adalah yang terbaik (selepas susu ibu) dengan mengandungi paling banyak DHA. 

Apa itu DHA? Apa fungsi die? Penting sangat ke? Saya pun pada awalnya tak tau & xamik tau.. Tapi sejak ada baby nie (ditambah kegagalan untuk fully BF =( ), baru la tau serba sedikit akan kepentingan DHA untuk perkembangan si kecil.

DHA adalah asid lemak omega-3 tak tepu. Berdasarkan kajian saintifik, kandungan DHA dalam susu ibu mempunyai korelasi dengan fungsi kognitif baby. Maksudnya, lebih banyak DHA dalam susu, maka baby itu akan jadi lebih bijak (InsyaAllah). Ini adalah kerana DHA merupakan komponen utama dalam pembentukan sel otak (97 %) dan memainkan peranan penting dalam menghubungkan setiap sel otak. Selain itu, DHA juga penting untuk pembentukan retina mata (93%). Kajian juga mendapati, perkembangan visual baby yang mendapat bekalan DHA yang mencukupi adalah lebih cepat dan berfungsi dengan lebih baik.


Kebanyakan susu formula mengandungi DHA. Namun, ada juga yang tiada DHA. Biasanya yang takde DHA harganya jauh lebih murah. Tapi demi kebaikan si kecil, apa salahnya invest lebih sikit kan.. InsyaAllah semoga apa yang di belanjakan, akan mendapat kebaikan di kemudian hari. So pada ibu-ibu, gunakan kebijaksanaan dan kasih sayang anda dalam memberikan yang terbaik untuk anak2 =) 

Tapi macam mana pula baby yang hanya minum susu ibu? Adakah susu ibu memang dah semulajadi ada dalam susu ibu? Ermm saya kurang pasti pulak.. Berdasarkan pembacaan saya, tidak pula dinyatakan.. TAPI ibu-ibu yg fully BF (tahniah), boleh mendapat DHA daripada diet seperti:

Minyak Ikan : Product Elken (Boleh order kalau nak ;) )
  • Ikan seperti Bilis, Salmon, Tuna & Kembung
  • Hati 
  • Minyak ikan
  • Algae  
  • Telur
Ibu-ibu yang memakan banyak makanan seperti di atas, insyaAllah banyak la DHA dalam susu.

Sekian,
Maklumat2 ini saya dapat dari web berikut. Kalau ada apa2 info yg salah, harap bagitau ye.
http://www.fprbooks.com/page19.htm

Menu Kegemaran

Alhamdulillah.. Last week dapat settlekan hutang pose tuk last year (pose dh nk dekat baru sebok nk bayor) hehehe..
Nasib huby rajin nak meneman.. So sahur & buka tak la berseorangan..
Disebabkan huby dah teman, so sebagai balasan masak la menu kegemaran beliau (saya juga..)..

Paprik Ayam

Mee Hoon Tomyam

Ops.. yg nie bukan menu buka pose aritu.. saje nk tunjuk hasil air tangan pertama kali buat karipap... Tak pandai kelim.. So comot & terbesar sikit.. huhu

Ta daa... Hehe.. Ni la Karipap Sardin saya.. sodap la jugak.. cuma kulit die tertebal sikit.. Almaklum gelek pakai anak lesung jer..
p/s: color sume nampak pucat sikit dari realiti.. camera effect.. hehe

Monday, 20 June 2011

Father's Day Activity

Sempena Hari Ayah aritu.. Saje beriadah (beriadah ker? huhuhu) kt Tasik Ayer Keroh.. cm biase ramai orang.. 
Aleeyah sorang je yg berpeluh2.. Hehehe..

Like father like daughter.. =)








Aleeyah + Ibu < Ayah .. hehe


Saturday, 18 June 2011

Selamat Hari Bapa




Selamat Hari Bapa kepada suamiku yang tercinta En. Eaddy.. Semoga abang terus menjadi ayah yang terbaik untuk anak kita.. Amin..

Abahku?
Abahku telah 11 tahun meninggalkan kami sekeluarga.. Arwah telah kembali ke rahmatullah pada 9 Januari 2000 iaitu pada 2 Syawal.. Pada 7 Januari abahku telah dimasukkan ke hospital kerana sakit perut.. Kemudian beliau dibedah untuk membuang ketumbuhan di dalam ususnya.. Namun, kerana sudah sampai masanya, beliau telah menghembuskan nafas terakhir 2 hari kemudian.. 

Pemergian arwah sangat2 memberi kesan padaku.. Kerana terlalu banyak dosaku padanya.. Dan aku tidak sempat memohon ampun darinya..
Sewaktu kecil, masaku banyak dihabiskan bersama arwah.. Kerana ibuku bekerja di Singapura.. Hanya pulang ke rumah apabila cuti sahaja.. Abahku seorang nelayan.. Aku sering mengikuti arwah ke laut pada waktu pagi sebelum ke sekolah.. Masih terbayang, aku baring di tengah2 sampan.. Abahku terus memandu botnya ke kawasan pelabuhan.. Tempat paling banyak ketam.. Pening juga dengan bau hanyir laut.. Abahku juga la yang sering memasak untuk kami adik beradik.. Beliau pandai memasak..

Takdir Allah penentu segalanya.. Dia telah mengambil kembali abahku terlalu awal.. Pada waktu aku terlalu mentah dan tidak pandai nak menghargai ibubapa.. Selepas pemergian arwah, aku bertekad untuk tidak mensia-siakan ibuku.. Aku berjanji untuk membahagiakan ibuku dan berusaha untuk tidak menyakiti hati beliau.. Tapi aku manusia yang lemah.. Kadang2 aku secara tidak sengaja melanggar janjiku sendiri.. 

Semoga arwah abahku ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa aku dan orang tuaku.. Amin..

Thursday, 16 June 2011

Sekitar Birthday Aleeyah Yg Pertama

Pada 27th April yang lalu, my beloved daughter telah mencapai usianya yang pertama... Sekejap je masa berlalu.. Kebetulan masa tu kami sekeluarga pulang ke Pasir Gudang.. So buat la sikit jamuan sendiri.. Saje wat kenangan tuk si Kecilku Cak.. (suka tajuk program nie)

Gambar2 nie diambil oleh kawan Pak Ngah Leeya, seorang photographer amatur..

 Birthday cake Leeya yg pertama.. wlupon bukan dari Secret Recipe, tp sedap gak.. hehe


 Aksi si comel

 Orang2 dapur.. hehe

Baik Baik Sayang

Dah lama dah lagu nie berkumandang di radio kt Malaysia.. tetibe bila perhati bait-bait lirik die, terkenang kat my daughter.. So Sayang, ibu dedicate this song for you.. Semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa di rahmati Allah.. amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...